Adakah meliputi kita,
Atau hanya aku,
Yang mengalaminya.
Tiada kata,
Ungkapan prosa kata,
Yang dapat ku cipta,
Demi meluahkan,
Rasa cinta.
Kau,
Yang bernama Cinta,
Apakah tujuanmu,
Bersama sandiwara,
Di pentas dunia.,
Adakah untuk bersahaja,
Atau kau maksudkannya.
Kerna kau,
Yang bernama cinta,
Terciptanya,
Karya agung,
Menyanjungi mu,
Bagaikan ratu.
Perginya cinta,
Hilanglah,
Segala rasa,
Wujudnya,
Pelbagai prasangka.
Pergi cinta,
Datangnya rindu,
Menusuk kalbu,
Menjadi keliru,
Buntu.
Kau,
Yang bernama Cinta,
Satu pintaku,
Hadirlah dengan ketenangan,
Akhirlah dengan kebahagiaan,
Bukan kesengsaraan.