Fresh Quote!!!

I honestly think it is better to be a FAILURE at something you LOVE than to be a SUCCESS at something you HATE.

Tuesday 26 March 2013

Maafkanlah diri ini..

Assalamualaikum semua.. apa khabar? semoga semuanya sihat-sihat belaka hendaknya.. Bagi siapa yang mengenali diri ini, saya ingin memohon seribu kemaafan kepada anda semua seandainya diri ini ada melakukan salah, silap, terguris perasaan, tercakap belakang, dan pelbagai kesalahan.. Saya harap semua yang mengenali diri ini dapat memaafkan diri ini..

Maafkan saya..

Thursday 21 March 2013

Aku Mahu Pulang...

Assalamualaikum.. kali ini, tiada lagi sapaan ala-ala hip hoppers atau rappers.. atau intro klise yang seperti selalu anda baca di blog ini.. Cukup lah semua tu.. Untuk post kali ini, aku nak buat perubahaan sikit.. untuk post yang seterusnya mungkin akan ada lagi sapaan yang sama seperti post-post yang lain.. Untuk post kali ini yang bertajuk Aku Mahu Pulang, sebenarnya ianya bermaksud, bukan lah aku pergi ke mana-mana.. jasadku masih di sini.. tetapi hati ku telah pergi jauh.. jauh dari jalan yang sepatutnya.. tersasar dari landasan yang sepatutnya..

Selama ini apa yang dikejarkan di dalam hidup ini? ramai orang ingin berjaya di dalam hidup.. jadi mereka mengejar kejayaan di dalam hidup masing-masing.. ada juga yang kerjarkan percintaan.. ada yang kejarkan kemewahan.. dan berbagai-bagai lagi.. tapi apa yang sebenarnya yang aku kejarkan? Aku duduk termenung dan mengambil masa sejenak untuk berfikir tentang apa yang dikejarkan oleh aku di dalam hidup ini.. Aku tersedar.. selama ini aku hanya mengejar kegembiraan.. Kegembiraan untuk memuaskan diri sendiri.. Tapi dalam mengejar sesuatu di dalam hidup ini, aku sering terlupa.. aku sering lupakan Dia.. sedangkan segala nikmat yang dinikmati di dunia ini adalah nikmat daripadaNya..

Aku sendiri tak pasti apa yang berlaku kepadaku kebelakangan ini.. adakah pintu hati aku telah dibuka olehNya untuk aku kembali ke jalanNya setelah jauh aku melencong dan terpesong? Mungkin juga ya.. Aku sendiri tidak pasti.. Apabila aku terkenang perkara-perkara teruk yang pernah aku lakukan, aku dapat rasakan.. organ-organ dalamanku menggigil.. aku seperti takutkan sesuatu.. aku takut akan dosa-dosa silamku..

Aku mahu pulang.. Aku mahu pulang ke pangkal jalan.. Aku mahu dilahirkan semula tetapi itu sesuatu yang mustahil.. Aku dah jauh melencong dari jalanMu.. Aku dah jauh terpesong.. Aku dah jauh tersesat.. Aku dah jauh terhanyut dengan dosa-dosa yang aku lakukan.. Ya Allah.. mengapa begitu sukar untuk aku pulang ke jalanMu Ya Allah.. Izinkanlah aku pulang ke jalanMu.. Kau kuatkanlah imanku ini Ya Allah.. Kau teguhkan lah imanku dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan ini.. Kau lindungilah aku daripada hasutan syaitan yang direjam.. Kau ampunilah segala dosa-dosa ku.. sesungguhnya aku banyak melanggar laranganmu.. Kau permudahkanlah untuk aku kembali ke jalanMu Ya Allah..

Thursday 14 March 2013

Saya bahagia dengan awak..

Assalamualaikum.awak.. saya nak awak tahu.. kehadiran awak sangat bermakna buat saya.. awak pengubat hati saya yang lara.. Awak cakap awak hanyalah satu persinggahan yang sementara, tapi saya tak nak fikir macam tu.. Awak bawak suatu kelainan dalam hidup saya... Saya tahu awak dan saya sama.. Perangai kita banyak yang sama.. walaupun ada jugak la yang berbeza, tapi banyak yang sama kan? Terutama dari segi emosi.. memang sama.. Susah saya nak suka dekat seseorang, tapi awak boleh buat saya suka awak.. Awak jugak pandai sorok perasaan awak.. Mula-mula saya rasa macam awak nak main tarik tali je dengan saya.. Saya hampir mengalah dah tau awak.. lepas tu, saya ada terdengar lagu Jason Mraz dalam radio, I won't give up.. saya pun terus cuba dan terus cuba.. seronok jugak rasa macam ni.. Kalau saya tahu awak memang suka saya, saya takkan usaha kuat punyalah.. hahaha.. tapi tak seronok lah macam tu.. nanti perasaan sayang tu cepat je hilang.. Tapi sekarang saya dah tahu yang awak jugak suka kat saya.. Kita dah sama-sama tahu.. dan kita sama-sama takut dengan apa yang bakal berlaku nanti.. kita sama-sama rasa benda tu bakal terjadi.. kita sama-sama tak nak berpisah, tapi kita sama-sama tahu macam mana diri kita kan? Saya adalah awak, dan awak adalah saya.. Sebelum hari yang kita takut tu tiba, saya nak awak seorang je.. saya nak ada dengan awak je.. saya nak sentiasa ada dengan awak.. saya nak tengok awak senyum.. saya nak tengok awak gelak.. saya nak tengok awak marah.. saya nak tengok awak menangis.. dan saya nak tengok awak bahagia.. saya akan pastikan awak bahagia dengan saya selagi awak ada dengan saya.. Kita sama-sama dah terfikir apa yang bakal jadi satu hari nanti.. dan saya dah buat keputusan.. kalau awak pergi satu hari nanti, saya akan tunggu awak.. saya akan tunggu awak sehingga awak kembali kepada saya.. ayat macam cerita drama je kan? tapi saya bercakap dari lubuk hati saya.. Awak tahu diri kita ni macam mana kan? suka cabar diri sendiri.. kali ni saya nak cabar diri saya ni, boleh tak saya tunggu awak.. saya rasa saya boleh.. sebab bila kita dah nekad, kita tahulah diri kita ni macam mana kan awak? awak pun pernah buat benda yang lebih kurang macam ni kan? saya pun pernah.. semuanya semata-mata nak puaskan hati kita ni kan? walaupun benda tu tak berbaloi, tapi kita rasa puas kan?? saya faham perasaan tu.. kali ni saya dah berazam.. saya akan tunggu awak.. saya akan cuba sedaya upaya saya untuk bahagiakan awak.. saya akan cuba buat apa saja untuk awak.. saya betul-betul dah sayangkan awak.. Awak suka buat saya tersenyum.. tengok awak pun dah cukup buat saya tersenyum bahagia.. Setiap kali saya terkenang memori saya dengan awak, saya berharap sangat awak ada dengan saya.. Saya nak sangat awak ada dengan saya.. saya seronok bila awak ada dengan saya.. saya seronok bila saya tengok awak bahagia.. saya seronok bila awak ada untuk saya.. Saya bahagia dengan awak.. bahagia sangat-sangat dengan awak.. tiap kali saya dengan awak, akan hadir satu perasaan pelik yang tak pernah saya rasa.. saya tak tahu nak terangkan macam mana.. awak tahu perasaan yang saya maksudkan tu kan? Saya nak awak tahu yang saya betul-betul sayangkan awak.. saya dah penat sebab tak reti menghargai orang yang sayang saya, kali ni biarlah saya pulak yang sayang orang lain.. biarlah saya pulak yang sayang awak.. tiba masa saya pulak untuk menyayangi orang lain.. =) saya berharap sangat awak tercipta untuk saya.. saya berharap sangat jodoh saya adalah awak.. tapi kita hanya mampu merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya.. Saya nak awak tahu yang saya betul-betul sayangkan awak dan saya bahagia dengan awak.. =)

Thursday 7 March 2013

Sesuatu yang tak disangka..

Assalamualaikum.. Hey Yaw!! What's UP??!!

hurm... tamparan.. kenapa dengan tamparan.. ok.. semalam aku baru dapat satu tamparan yang agak hebat dalam hidup aku.. Ya Allah.. mengapa kau beri aku ujian dan dugaan yang sebegini rupa? mungkin selama ni aku ambil mudah perkara macam ni kot.. sekali kena dekat aku sekarang.. mmg sesuatu yang tak disangka..

Apa patut aku buat?? aku tetap pada prinsip aku.. "just go with the flow" kalau orang tahu, pasti mereka akan mengutuk, mengeji, mencaci dan sebagainya.. tapi biarlah.. ini jalan hidup aku..

Aku pernah jugak terfikir.. kalau benda camni jadi, camne?? hurm.. dan aku ada jawapannya.. tapi hakikatnya, aku lakukan sebaliknya.. mengapa?? aku sendiri tertanya.. tiap kali terfikir, aduh, sakitnya, pedihnya hati ni.. semuanya tentang perasaan.. untuk kali ini, aku mmg lakukan sesuatu yang sangat2 bodoh di mata orang lain.. tapi aku tak tahu mengapa aku tetap lakukan jugak...

Jeritan hati aku merana, tetapi tetap mahukannya.. ikut kata hati, mati.. itu apa yang orang kata.. mungkin juga.. tapi aku ada jugak fikir.. hurm, kalau ini takdir aku, aku terima seadanya.. kalau ini yang harus aku lakukan untuk tebus dosa-dosa silam aku.. sekarang, aku perlu betul2 dekatkan diri aku denganNya.. hanya Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diriku..

haih.. aku tak tahu apa yang aku rasakan sebenarnya.. tiap kali teringat, tiap kali hati aku pedih.. mengapa perlu jadi begini?? tapi apa kan daya.. suratan takdir telah menentukan segalanya.. walaupun sakit, walaupun pahit, aku boleh telan.. mengapa hati aku ni mudah lembut? adakah aku lemah? aku sendiri buntu..

aku serahkan segalanya kepadaNya.. Aku merancang apa yang terbaik buat diri aku dan orang di sekelilingku.. Biarlah Dia yang menentukan segalanya.. =')