Fresh Quote!!!

I honestly think it is better to be a FAILURE at something you LOVE than to be a SUCCESS at something you HATE.

Thursday 21 March 2013

Aku Mahu Pulang...

Assalamualaikum.. kali ini, tiada lagi sapaan ala-ala hip hoppers atau rappers.. atau intro klise yang seperti selalu anda baca di blog ini.. Cukup lah semua tu.. Untuk post kali ini, aku nak buat perubahaan sikit.. untuk post yang seterusnya mungkin akan ada lagi sapaan yang sama seperti post-post yang lain.. Untuk post kali ini yang bertajuk Aku Mahu Pulang, sebenarnya ianya bermaksud, bukan lah aku pergi ke mana-mana.. jasadku masih di sini.. tetapi hati ku telah pergi jauh.. jauh dari jalan yang sepatutnya.. tersasar dari landasan yang sepatutnya..

Selama ini apa yang dikejarkan di dalam hidup ini? ramai orang ingin berjaya di dalam hidup.. jadi mereka mengejar kejayaan di dalam hidup masing-masing.. ada juga yang kerjarkan percintaan.. ada yang kejarkan kemewahan.. dan berbagai-bagai lagi.. tapi apa yang sebenarnya yang aku kejarkan? Aku duduk termenung dan mengambil masa sejenak untuk berfikir tentang apa yang dikejarkan oleh aku di dalam hidup ini.. Aku tersedar.. selama ini aku hanya mengejar kegembiraan.. Kegembiraan untuk memuaskan diri sendiri.. Tapi dalam mengejar sesuatu di dalam hidup ini, aku sering terlupa.. aku sering lupakan Dia.. sedangkan segala nikmat yang dinikmati di dunia ini adalah nikmat daripadaNya..

Aku sendiri tak pasti apa yang berlaku kepadaku kebelakangan ini.. adakah pintu hati aku telah dibuka olehNya untuk aku kembali ke jalanNya setelah jauh aku melencong dan terpesong? Mungkin juga ya.. Aku sendiri tidak pasti.. Apabila aku terkenang perkara-perkara teruk yang pernah aku lakukan, aku dapat rasakan.. organ-organ dalamanku menggigil.. aku seperti takutkan sesuatu.. aku takut akan dosa-dosa silamku..

Aku mahu pulang.. Aku mahu pulang ke pangkal jalan.. Aku mahu dilahirkan semula tetapi itu sesuatu yang mustahil.. Aku dah jauh melencong dari jalanMu.. Aku dah jauh terpesong.. Aku dah jauh tersesat.. Aku dah jauh terhanyut dengan dosa-dosa yang aku lakukan.. Ya Allah.. mengapa begitu sukar untuk aku pulang ke jalanMu Ya Allah.. Izinkanlah aku pulang ke jalanMu.. Kau kuatkanlah imanku ini Ya Allah.. Kau teguhkan lah imanku dalam menghadapi dugaan yang engkau berikan ini.. Kau lindungilah aku daripada hasutan syaitan yang direjam.. Kau ampunilah segala dosa-dosa ku.. sesungguhnya aku banyak melanggar laranganmu.. Kau permudahkanlah untuk aku kembali ke jalanMu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment